Notis Privasi

Notis Privasi ini dikeluarkan oleh KEPONG INDUSTRIAL PARK SDN BHD (319651-U) ("Syarikat" or "KIP") dan/atau anak syarikatnya (secara kolektifnya "Kumpulan") menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"). Kumpulan menghormati dan berusaha seberapa daya untuk melindungi privasi individu berkenaan data peribadi.

Untuk tujuan Notis Privasi ini, "Data Peribadi" hendaklah mempunyai erti yang dianggap kepadanya dalam Akta. Untuk tujuan Notis Privasi ini, terma "kami" akan merujuk kepada mana-mana syarikat dalam Kumpulan dan "anda" akan merujuk kepada anda dan/atau mana-mana orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda di mana anda memberikan maklumat Data Peribadi.

  1. MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN
    • 1.1 Data Peribadi mengenai anda termasuk maklumat anda secara langsung atau secara tidak langsung berkenaan anda dan transaksi anda dengan kami dan termasuk maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor paspot, umur, alamat, butir-butir hubungan anda, jantina, bangsa, kewarganegaraan, asal-usul etnik, pekerjaan, maklumat pekerjaan, pendapatan, alamat e-mel, status perkahwinan, maklumat anak-anak, maklumat kad kredit, data sosio atau gaya hidup termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor pendaftaran kenderaan, maklumat pengenal, maklumat hartanah dan maklumat pinjaman.
    • 1.2 Data Peribadi anda akan dikumpulkan dari pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada:
      • (a) melalui hubungan dengan kami, seperti informasi yang dibekalkan oleh anda dalam borang-borang permohonan, semasa menggunakan produk dan perkhidmatan kami;
      • (b) melalui perhubungan secara lisan dan bertulis dengan kami atau agen yang diberi kuasa;
      • (c) informasi dari pihak ketiga;
      • (d) informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;
      • (e) informasi dari sumber-sumber lain di mana anda telah memberi kebenaran untuk memberitahu informasi tersebut mengenai anda; dan
      • (f) informasi yang anda serahkan kepada kami melalui apa jua cara dan/atau dalam apa jua perkara.
  2. TUJUAN MENGUMPUL DATA PERIBADI
    • 2.1 Dengan memberikan apa-apa Data Peribadi anda kepada Kumpulan, anda dengan ini membenarkan Kumpulan mengumpul, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:
      • (a) mentaksirkan permohonan/permintaan bagi produk-produk dan perkhidmatan kami dan melancarkan pembelian produk-produk kami termasuk pembelian produk-produk dan sewaan hartanah-hartanah kami;
      • (b) mengendalikan dengan baik perniagaan dan hubungan anda dengan kami;
      • (c) memenuhi obligasi kontrak kami dengan anda dan melaksanakan hak-hak dan kepentingan kami dalam sebarang perjanjian dengan anda;
      • (d) membekalkan informasi produk-produk, perkhidmatan dan tawaran-tawaran kami dan produk-produk pihak ketiga yang anda mungkin berminat kepada anda;
      • (e) membekalkan informasi mengenai faedah-faedah dan penukaran sifat-sifat produk-produk dan perkhidmatan, kejadian yang akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang anda mungkin berminat;
      • (f) menjawab pertanyaan-pertanyaan dan aduan-aduan anda dan dengan secara amnya bagi menyelesaikan pertikaian-pertikaian;
      • (g) mengemaskinikan dan memperbaiki ketepatan rekod-rekod kami;
      • (h) mematuhi kehendak undang-undang yang berkenaan dengan kami;
      • (i) bagi tujuan pengurusan dalaman untuk mengendalikan siasatan dalaman, audit dan tujuan keselamatan;
      • (j) untuk tujuan lain yang diperlukan dan dibenarkan oleh undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kawalan;
      • (k) di mana perkhidmatan dan/atau pembekal produk memerlukan agar perkhidmatan dan pembekal produk tersebut dapat menjalankan fungsi-fungsi, tanggungjawab dan perkhidmatan yang diperlukan oleh Kumpulan atau di bawah undang-undang, peraturan, undang-undang kecil dan/atau garis panduan atau yang diperlukan oleh pihak berkuasa kerajaan dan/atau bukan kerajaan, agensi atau jabatan atau pihak ketiga untuk memastikan perjanjian-perjanjian dan dokumen-dokumen telah dituruti;
      • (l) bagi maksud audit dan bagi ketekunan wajar yang dilakukan oleh pihak ketiga ke atas Kumpulan;
      • (m) bagi membuat sebarang pendedahan yang diperlukan bagi sebarang tujuan-tujuan di atas atau oleh undang-undang; dan
      • (n) untuk menghubungi anda mengenai produk-produk, perkhidmatan, kejadian yang akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang anda mungkin berminat.
    • 2.2 Kami akan memastikan bahawa kami akan memohon kebenaran anda sebelum menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan lain selain dari yang terkandung di dalam Notis Privasi ini. Kami boleh sama ada menghubungi anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam perkara 2.1 di atas melalui panggilan telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas, pos, faksimili, media sosial atau melalui apa jua cara komunikasi yang sedia ada.
  3. PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN
    • 3.1 Dalam membekalkan anda dengan produk-produk dan perkhidmatan kami dan dalam pengurusan dan operasi kami atas produk-produk dan perkhidmatan tersebut, kami mungkin diperlukan untuk membekalkan Data Peribadi anda kepada:-
      • (a) mana-mana syarikat dalam Kumpulan dan anak-anak syarikat termasuk pekerja-pekerjanya;
      • (b) penasihat dan konsultan Kumpulan termasuk pengaudit, peguam, akauntan dan profesional-profesional lain yang bekerja dengan syarikat-syarikat di bawah Kumpulan;
      • (c) rakan-rakan perniagaan Kumpulan termasuk pembekal, pelanggan, kontraktor, rakan usahasama, penanggung insurans, syarikat yang menjalankan pengurusan hartanah, pembekal perkhidmatan dan produk;
      • (d) penasihat anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, pengaudit, peguam, penasihat kewangan atau penasihat profesional lain) yang diberi kuasa oleh anda.
  4. KESAN KETIADAAN PERUNTUKAN DATA PERIBADI
    • 4.1 Sekiranya Data Peribadi yang mencukupi tidak dibekalkan kepada kami, akibat-akibat yang berikut terjadi:-
      • (a) kami tidak boleh membekal atau membekal dalam cara yang memuaskan perkhidmatan dan produk kami kepada anda;
      • (b) kami tidak berupaya memenuhi obligasi kontrak kami dengan anda;
      • (c) keupayaan anda untuk memasuki sebarang perjanjian dengan sebarang syarikat dalam Kumpulan atau perlaksanaan obligasi anda dalam perjanjian tersebut mungkin akan terjejas;
      • (d) permohonan atau permintaan anda kepada Kumpulan bagi apa-apa tujuan di atas seperti yang dinyatakan dalam perkara 2.1 di atas mungkin tidak boleh diterima atau bertindak ke atasnya atau permintaan anda untuk melayari beberapa maklumat dalam Laman Web mungkin akan dinafikan atau Kumpulan tidak akan dapat memberikan pelbagai jenis manfaat dan/atau perkhidmatan dan/atau melaksanakan obligasi-obligasinya di bawah apa-apa kontrak yang bakal ditandatangani ataupun kontrak yang sedia ada dengan anda.
  5. PENYIMPANAN DAN PENGEKALAN DATA PERIBADI
    • 5.1 Kami akan menyimpan dan menggunakan Data Peribadi dengan cara yang selamat dan kami akan sedaya upaya menyediakan perlindungan yang sesuai dan prosedur untuk menegah kegunaan Data Peribadi anda yang menyalahi undang-undang.
    • 5.2 Data Peribadi anda hendaklah disimpan sama ada dalam salinan cetak di pejabat Kumpulan atau disimpan di dalam server dan komputer Kumpulan selama yang perlu bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam perkara 2.1 di atas atau diperlukan untuk memenuhi mana-mana keperluan regulatori di sisi undang-undang dan/atau keperluan perakaunan atau untuk melindungi kepentingan Kumpulan.
  6. PEMINDAHAN DATA PERIBADI
    • 6.1 Di mana yang kami anggap sesuai, kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak lain dalam Kumpulan atau perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal produk di Malaysia atau negara-negara lain.
    • 6.2 Apa-apa Data Peribadi yang dipindahkan berikutan perkara 6.1 di atas hanya akan digunakan bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam perkara 2.1 di atas dan hanya boleh didedahkan kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam perkara 3.1 di atas.
  7. HAK AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI
    • 7.1 Di bawah Akta, anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda yang dipegang oleh Kumpulan atas pembayaran fi yang ditetapkan.
    • 7.2 Anda juga mempunyai hak untuk memohon pembetulan Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskinikan.
    • 7.3 Jika anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan Data Peribadi anda, anda boleh menghantar permohonan anda secara bertulis ke alamat berikut:
      • Alamat:
        • Unit B-6, Blok B, Tingkat 6, Menara Kip
        • No.1, Jalan Seri Utara 1, Sri Utara
        • Off Jalan Ipoh
        • 68100 Kuala Lumpur
      • Emel: rachel@kip.com.my
      • Telefon: 603-62520888
      • Untuk Perhatian: Cik Rachel Loh
    • 7.4 Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan boleh menggunakan pertimbangannya sama ada membenarkan pembetulan-pembetulan yang diminta dan/atau memerlukan bukti bertulis bagi maklumat baru untuk mengelakkan penipuan dan maklumat yang tidak tepat.
    • 7.5 Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis Privasi ini atau jika anda ingin menarik balik persetujuan/kebenaran anda kepada Kumpulan bagi pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam perkara 2.1 di atas atau untuk pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam perkara 3.1 di atas, anda boleh menghantar permohonan anda secara bertulis ke alamat yang dinyatakan dalam perkara 7.3 di atas dan kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memenuhi permintaan anda.
  8. KEBENARAN
    • 8.1 Sekiranya kami tidak menerima sebarang balasan daripada anda dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kami meghantar Notis Privasi ini kepada anda, kami akan menganggap anda telah mengizinkan dan membenarkan kami menggunakan Data Peribadi anda dengan cara yang diperuntukkan di dalam Notis Privasi ini.
    • 8.2 Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda telah menarik balik kebenaran anda, Kumpulan masih boleh terus memproses Data Peribadi anda dalam keadaan yang sah dan dibenarkan oleh undang-undang dan seperti yang diperlukan mengikut kontrak.
  9. DATA PERIBADI PIHAK LAIN
    • 9.1 Sekiranya anda telah memberi kepada kami Data Peribadi orang atau entiti lain, anda mengesahkan bahawa orang atau entiti tersebut telah melantik anda untuk bertindak bagi pihaknya dan telah bersetuju bahawa anda boleh:
      • (a) memberi kebenaran bagi pihaknya untuk kami memproses Data Peribadinya;
      • (b) memberi kebenaran untuk penggunaan Data Peribadinya dengan cara yang diperuntukkan dalam Notis Privasi ini; dan
      • (c) menerima bagi pihaknya notis-notis perlindungan/privasi data.
  10. PENGUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI
    • 10.1 Kumpulan berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Notis untuk pengubahan akan diberikan dalam Laman Web Kumpulan dan/atau cara komunikasi lain yang kami anggap sesuai.